Wednesday, December 16, 2009

APA ITU STRAIGHT EDGE?

Straight Edge adalah gaya hidup yang menghalang para belia daripada penyalahgunaan dadah termasuk menghalang mereka menghisap rokok atau meminum minuman keras. Disini juga straight edge mendisplinkan diri dari melakukan seks sebarangan atau hubungan sejenis semakin lama semakin ramai para belia yang berfikiran kotor untuk melakukan hubungan sejenis. Ia sangat menjijikan betul tak???


Langkah yang betul bagi mereka yang ingin mengenali straight edge ini dengan mendedikasikan straight edge dengan gaya hidup menjaga pemakanan, agama mereka, dan politik bagi menggambarkan bahawa straight edge merupakan sesuatu yang sihat.


Straight Edge adalah falsafah atau prinsip hidup yang bebas ( independent ) dan bukannya terus menerus bergantung kepada mana mana pegangan atau kepercayaan saya harap anda dapat membezakan antara ajaran sesat dan gaya hidup. Saya masih lagi di dalam pegangan islam saya. Straight edge juga Tidak terus menerus bergantung kepada musik , trend, hubungan seks yang betul, agama atau kepercayaan. Perkara yang perlu ada dalam diri sekiranya ingin menjadi Straight Edge ialah menghindarkan diri dari dadah, bergantung kepada sejarah hidup anda yang terpenting dan definasi diri, dan jauh dari hubungan seks rambang , sejenis , bebas nak senang hubungan seks yang tidak seberapa yang betul.


Sumpah Straight Edge yang tersemat didalam hati cuma satu sahaja iaitu "taken to the grave" (berjuang sehingga mati). Straight Edge bukannya untuk semua orang. Ia juga bukan flexible. Straight Edge satu gaya hidup yang bebas dari ketagihan, dan bebas dari sesuatu yang dapat menghancurkan diri sendiri dan sepenting pentingnya tidak mengadakan seks bebas. Straight Edge scene ialah budaya yang open – minded dan banyak idea yang akan datang bagi generasi – generasi baru..sekiranya anda tidak dapat menunaikan janji – janji straight edge sehinga anda mati. Anda tidak sesuai untuk menjadi sebahagian dari mereka.

No comments:

Post a Comment