Tuesday, December 15, 2009

PERNYATAAN TENTANG KEHIDUPAN GAYA HIDUP STRAIGHT EDGE DAN BAGAIMANA UNTUK MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA MEREKA


"Sekiranya anda tidak berminat langsung tentang apa yang hendak saya tuliskan disini I atau bagi anda pernyataan ini membuat anda tidak selesa sila tekan (alt-F4) bagi memuaskan hati anda. Straight Edge, SxE atau Edge satu budaya dimana ianya bermula dari budaya hardcore punk yang telah berubah dari semasa ke semasa. Bukan mudah bagi mereka yang boleh menjadi Straight Edge dengan mudah. Ianya sangat menjengkelkan bagi individu yang masih tidak mengenali tentang gaya hidup ini.
Saya menulis blog ini semata – mata atau dengan tekad dari hati saya sendiri ingin memperjuangkan gaya hidup Straight Edge ini kepada para belia yang ada di tanah Malaysia ini supaya mereka dapat mengubah dunia kepada pemikiran yang positive daripada menjadi seseorang yang musnah kehidupan mereka dan tiada masa depan. Sekali lagi saya ingin menyatakan bahawa saya menulis blog ini kepada individu yang baru dan mahu menjadi sebahagian dari kelompok Straight Edge ini.
Saya disini mengharapkan sangat dari pembaca supaya fokus kepada apa yang saya tulis dan saya tidak mahu sebarang kesilapan dari pembaca yang membuatkan anda salah faham tentang apa yang ditulis dalam blog ini.
Berikan tumpuan sepenuhnya.Di sini saya mengambil serius tentang penyebaran gaya hidup Straight Edge ini kepada seluruh masyarakat malaysia dan para belia tentang apa itu Straight Edge? Siapa yang terlibat? Dari mana datangnya?saya mengambil masa yang agak lama untuk mengkaji tentang Straight Edge ini kira-kira hampir
2 tahun saya mengambil masa untuk mendalami apa yang saya kaji dan apa itu tujuan sebenar straight edge ini. Saya juga mengambil masa yang lama untuk mengambil risiko untuk menyebarkan budaya Straight Edge ini. Saya mencari jalan bagaimana untuk mengubah dunia dan para belia tentang gaya hidup straight edge ini. Saya disini ingin memahamkan para belia tentang dunia straight edge dengan cara yang paling mudah sekali dan mudah untuk difahami. Kerana saya masih lagi dalam proses membuat buku tentang Malaysian Straight Edge dan masih banyak lagi yang masih saya perlu belajar, diantaranya semangat straight edge di Boston, pergerakan FSU dan banyak lagi.

No comments:

Post a Comment